Pengalaman bersalin puteri pertama Nur Ershadiah

Week 3 March
Mula terasa surge. Walaupun cuba sedapkan hati kata ini Braxton Hicks. Sesi terakhir kelas Hypnobirth dengan CBE yang sangat baik dan banyak membantu, Pn Nadine Ghows, 19/3/16.

Sejak 19/3 tu instinct kata dah nak dekat bersalin. Setiap malam sejak tarikh tu surge datang sekitar 3am-8am. Konsisten. Saya keep on teringat ciri ciri prodromal labor. Tanya Pn Nadine, dia ada minta buat exercise. Seminggu tulah tidur memang sikit sangat. Seboleh boleh cuba jugak cukupkan sehari 8jam tidur dengan curi curi tidur waktu yang boleh.

26/3/16 – check up kali kedua dengan Dr Hamiza, GMC (Gombak Medical Centre) bagi birthplan. BP accepted. Baby masih duduk belah kanan. Perut pun senget sebelah. Hahaha. Sebelum ni baby OP + dah engage (masa check up di KPMC Dr Mimi)

27/3/16 – Jumpa Dr Twink chiropractor untuk satu sesi. Sebab terasa sangat something can be done untuk surge yang dah lama sangat berhari hari. Instinct kata prodromal labor.
Malam tu surge datang macam biasa, cuma bezanya dia tak berakhir jam 8am. Saya start contraction counter. Hahaha sebelum ni 10minit sekali. Sepanjang 28/3(isnin) tu banyak duduk dalam toilet main air. Sebab rasa lega bila main air.
Sepanjang hari whatsapp dengan husband update gap surge. Sampai malam tu jam 11.30 surge gap dah 5minit sekali. Jadi kami siap siap ke GMC. Sepanjang jalan bila surge je mintak husband bawak slow sambil breathing. Tapi kadang kadang terketap gigi plus gigit seatbelt. Hahahaha

29/3/16 – 12.30am sampai GMC standard procedure mesti ada VE sekali untuk admit masuk ward. 7cm dilated. Cuma masa tu memang ujian la Allah bagi seorang nurse yang memang A+ tahap psiko dia.
Lepas VE(nurse 1-nurse baik), nurse kedua ni buat CTG. Dia kata jantung baby tak stabil la kata maybe baby ada something wrong.
Teringat Pn Nadine kata kena stay calm. So ignore je nurse 2 tu. Mintak masuk bilik sebab nak main air balik. Layan surge sepanjang malam tu dengan husband tolong siram air kat belakang pinggang (position all 4 bila surge datang).

3.30am nurse 2 datang. VE 9cm. Nurse tu cuba psiko kalau tak pecahkan ketuban tu maybe baby lemas bla3. Me, buat dont know. Dia keep on membebel saya patut baring mengiring ke kiri supaya baby cepat keluar. Tapi saya tak boleh. Sebab bila mengiring ke kiri terasa nak teran kuat sangat padahal belum lagi 10cm. Then dia psiko kata kalau meneran time belum fully dilate nanti rahim pecah la itu la ini la. Saya ignore je. I dont know whats wrong with her. Hahahaha

7am-8am. Keep on buat breathing, sampai tertido tiap kali surge datang. Husband banyak sangat tolong. Buat light touch massage and tolong bagi hint kat mana nak fokus untuk hilangkan rasa surge tu. Sebab rasa nak terberak tu kuat sangat. Everytime surge comes, my husb always says, u can do it. U already did breathing more than 10x. U win over the surges. Hahaha
And nampak jelas perut belah kanan tu keras bila surge. Tetiba masa tengah breathing rasa pop, rasa basah la pulak. Dalam hati macam, eh ketuban pecah kot. Haha main kot kot pulak.

8.30am nurse lain datang tengok memang ketuban dah pecah. Dia tanya nak bersalin dalam bilik ke nak masuk LR. Lepas tu nurse 2 tu mai dia kata masuk LR la Dr Hamiza pregnant. Susah dia nak tunduk. So masuklah LR 8.30am tu. Masuk LR main baring je ikut selesa. Dan masa tu selesa baring biasa je. Selamba je dah mula meneran. I know I suppose to do breathing by this time. But the urge to poop is just too unbearable. Dalam hati tu ‘nak terberak nak terberak’ hahahaha. Mulut kata ya allah saya dah tak tahan nak bersalin jugak!

9am Dr Hamiza sampai. Dont care dah macam mana pun. Dah start meneran lama dah. Husband bagi air bagi kurma. Sempat rasa la ring of fire tu sebelum terasa macam ada benda terkoyak sikit. 9.17am baby selamat keluar. Yang terucap dibibir hanyalah Allah…. too magical to touch her dengan vernix mixed with blood. Try bf dia tak latch, jadi picit2 jela keluar sikit susu kuning tu sua kat mulut dia. Dr bagi sampai 9.50am DCC. Macam tu rupanya tekstur tali pusat. Kenyal kenyal (haha sempat lagi). Husband azankan time dia masih lagi attached dengan cord. Bila tengok cord dah putih, tak tunggu 9.50am pun, masa tu 9.30am++ minta husband potong.

Then Dr suruh breathing, sekali breath je uri dah keluar. Lepas uri keluar Dr kata ok, koyak sikit je, kulit, 1st degree. Jahit. Siap. Then jam 10 macam tu masuk bilik dan saya sambung tidur (sebab dah 2 hari tak tidur hahaha). Sampai jam 3pm tu ye tertidur tak mandi masih lagi ada bau vernix+blood. So tak boleh lupa bau dia. Hahaha

Overall alhamdulillah banyak point dalam Birth Plan tercapai
√ minimal VE
√ SROM
√ no epidural
√ no episiotomy
√ no induce
√ free position
√ DCC
√ husband to cut cord
√ skin to skin with baby after birthing

So far puas hati sangat dengan Dr Hamiza and GMC (kecuali nurse no 2). Maybe will come back for the second one? Hahaha
Thanks CBE Pn Nadine Ghows. Sangat banyak belajar dengan beliau.
Imma happy mommy. 🙂
Ps : btw, i think its easier to give birth than to be confined. Lagi senang beranak kot dari berpantang. Hahahaha – tak sure celah mana desibel sakit yang diorang duk ukur tu, perasaan dia cuma rasa nak terberak.
Pss : tak sure la adakah sebab DCC, tali pusat baby kering & luruh sendiri hari ke 4 lepas lahir. Pun tak sure adakah sebab GB, baby jenis relax je. Jarang nangis. Jenis merengek je. Malam kami tidur lena. No ‘new parents panda eyes’ symptoms. So far alhamdulillah.

Hi, I'm Nadine

A self-confessed birth junkie, I love all things birth and breastfeeding… I’m so lucky to be able to work with expectant families and share this very special time in their lives with them :) I am also a Life Coach helping mothers overcome burnout and overwhelm.

From the Blog

Categories

Services

Whatever birth you’re planning for, be it at home, hospital or birthing centre, HypnoBirthing® can help.

Free Online Workshop

An introduction to HypnoBirthing via Zoom. Just tell me where to send you the, time, date, and zoom link.

Free Introductory Online Workshop

Hey, have you considered my free introductory online workshop? Just tell me where to send you the time, date, and zoom link.